✖

Kalkulator pekali binomial

Pekali binomial memberikan bilangan gabungan k objek daripada n objek. Pekali ini ditulis sebagai (nk) (dalam buku teks KSSM, nilai yang sama ditulis ⁿCₖ). Rumus untuk mengira pekali binomial ialah

(nk)=n!(n−k)!⋅k!

Contohnya, jika kita mempunyai enam huruf {a, b, c, d, e, f} dan ingin mengetahui berapa banyak kumpulan tiga huruf yang dapat dipilih daripadanya, kita tulis (63)=20. Maklumat lanjut tentang pekali binomial terdapat dalam artikel tentang gabungan. Masukkan nilai n dan k ke dalam kalkulator di bawah, dan hasilnya akan terus dipaparkan.

Bilangan gabungan 3 objek daripada 6 objek ialah 20.

Kandungan: Kalkulator pekali binomial, Kalkulator susunan dengan ulangan, Kalkulator pilih atur yang melibatkan objek yang serupa, Kalkulator gabungan dengan ulangan, Kalkulator kebarangkalian menang dalam cabutan nombor, Kalkulator paradoks hari jadi, Kalkulator kebarangkalian sesuatu berlaku sekurang-kurangnya sekali, Kalkulator taburan binomial