Kebolehbahagian dengan 6
Bagaimanakah kita mengetahui sama ada suatu integer boleh dibahagi tepat dengan 6? Integer itu boleh dibahagi tepat dengan 6 jika integer itu boleh dibahagi tepat dengan 2 dan juga boleh dibahagi tepat dengan 3. Sebagai ulang kaji:
- Suatu integer boleh dibahagi tepat dengan 2 jika digit terakhirnya genap, iaitu salah satu daripada digit 0, 2, 4, 6 atau 8.
- Suatu integer boleh dibahagi tepat dengan 3 jika hasil tambah digitnya boleh dibahagi tepat dengan 3.
Contohnya:
- Nombor 15 boleh dibahagi tepat dengan 3, tetapi tidak boleh dibahagi tepat dengan 2. Maka, nombor itu juga tidak boleh dibahagi tepat dengan 6.
- Nombor 22 boleh dibahagi tepat dengan 2, tetapi tidak boleh dibahagi tepat dengan 3. Maka, nombor itu juga tidak boleh dibahagi tepat dengan 6.
- Nombor 42 boleh dibahagi tepat dengan 2 kerana nombor itu berakhir dengan digit 2, dan boleh dibahagi tepat dengan 3 kerana hasil tambah digitnya ialah 6. Oleh itu, nombor 42 juga boleh dibahagi tepat dengan 6.
Kandungan: Kebolehbahagian dengan 2, Kebolehbahagian dengan 3, Kebolehbahagian dengan 4, Kebolehbahagian dengan 5, Kebolehbahagian dengan 6, Kebolehbahagian dengan 7, Kebolehbahagian dengan 8, Kebolehbahagian dengan 9, Kebolehbahagian dengan 10, Kebolehbahagian dengan 11, Kebolehbahagian dengan 12