✖

Kebolehbahagian dengan 9

Bagaimanakah kita mengetahui sama ada suatu integer boleh dibahagi tepat dengan 9? Caranya serupa dengan kebolehbahagian dengan 3: integer itu boleh dibahagi tepat dengan 9 jika hasil tambah digitnya boleh dibahagi tepat dengan 9. Hasil tambah digit diperoleh dengan menambahkan semua digit dalam nombor itu. Contohnya:

  • Adakah nombor 78 705 boleh dibahagi tepat dengan 9? Hasil tambah digitnya ialah 7 + 8 + 7 + 0 + 5 = 27. Nombor 27 boleh dibahagi tepat dengan 9, maka nombor 78 705 juga boleh dibahagi tepat dengan 9.
  • Adakah nombor 11 288 boleh dibahagi tepat dengan 9? Hasil tambah digitnya ialah 1 + 1 + 2 + 8 + 8 = 20. Nombor 20 tidak boleh dibahagi tepat dengan 9, maka nombor 11 288 juga tidak boleh dibahagi tepat dengan 9.

Jika perlu, kita boleh mencari hasil tambah digit lebih daripada sekali. Sebagai contoh, adakah nombor 7 606 373 886 boleh dibahagi tepat dengan 9? Hasil tambah digitnya ialah 7 + 6 + 0 + 6 + 3 + 7 + 3 + 8 + 8 + 6 = 54. Jika kita terlupa sama ada 54 boleh dibahagi tepat dengan 9, kita boleh mencari hasil tambah digitnya sekali lagi: 5 + 4 = 9. Daripada sini kita lihat bahawa 54 boleh dibahagi tepat dengan 9, maka nombor 7 606 373 886 juga boleh dibahagi tepat dengan 9.

Kandungan: Kebolehbahagian dengan 2, Kebolehbahagian dengan 3, Kebolehbahagian dengan 4, Kebolehbahagian dengan 5, Kebolehbahagian dengan 6, Kebolehbahagian dengan 7, Kebolehbahagian dengan 8, Kebolehbahagian dengan 9, Kebolehbahagian dengan 10, Kebolehbahagian dengan 11, Kebolehbahagian dengan 12