✖

Kebolehbahagian dengan 12

Bagaimanakah kita mengetahui sama ada suatu integer boleh dibahagi tepat dengan 12? Integer itu boleh dibahagi tepat dengan 12 jika integer itu boleh dibahagi tepat dengan 3 dan juga boleh dibahagi tepat dengan 4. Sebagai ulang kaji:

  • Suatu integer boleh dibahagi tepat dengan 3 jika hasil tambah digitnya boleh dibahagi tepat dengan 3 (butirannya dalam artikel kebolehbahagian dengan 3).
  • Suatu integer boleh dibahagi tepat dengan 4 jika nombor yang dibentuk oleh dua digit terakhirnya boleh dibahagi tepat dengan 4 (butirannya dalam artikel kebolehbahagian dengan 4).

Mari kita cuba kaedah ini pada nombor 1176. Hasil tambah digitnya, 1 + 1 + 7 + 6, ialah 15, iaitu nombor yang boleh dibahagi tepat dengan 3. Dua digit terakhirnya membentuk nombor 76, dan 76 boleh dibahagi tepat dengan 4 (kerana 76 dibahagi dengan 4 ialah 19). Maka, nombor 1176 boleh dibahagi tepat dengan 12 (jika kita membahagikan 1176 dengan 12, kita memperoleh 98).

Bagaimana pula dengan nombor 438? Hasil tambah digitnya, 4 + 3 + 8, juga 15, maka nombor itu boleh dibahagi tepat dengan 3. Namun, dua digit terakhirnya membentuk nombor 38, dan 38 tidak boleh dibahagi tepat dengan 4. Oleh itu, nombor 438 tidak boleh dibahagi tepat dengan 12.

Kandungan: Kebolehbahagian dengan 2, Kebolehbahagian dengan 3, Kebolehbahagian dengan 4, Kebolehbahagian dengan 5, Kebolehbahagian dengan 6, Kebolehbahagian dengan 7, Kebolehbahagian dengan 8, Kebolehbahagian dengan 9, Kebolehbahagian dengan 10, Kebolehbahagian dengan 11, Kebolehbahagian dengan 12